Jumaat, Oktober 08, 2010

3rd VTLS USER SEMINAR @ TERENGGANU STATE LIBRARY 2010



Sepanjang 4 hingga 7 Oktober aku seolah-olah bercuti makan angin di Terengganu kerana menghadiri seminar dianjurkn oleh VTLS Sdn Bhd. Tahun ini aku bertuah sebab aku mewakili library PINTAR ke sana manakala kampus RAZAK diwakili Kak Ana. Seminar 2 hari itu juga diselitkan dengan pelbagai aktiviti selain Learner Track, Customer Show and Tell, Vendor Show Product manakala aktiviti lain seperti dinner dan juga "networking activity" dimana aku memilih untuk melawat ke Taman Tamadun Islam. 

Tahun ini menampilkan beberapa organisasi yang baru menyertai VTLS dan seminar ini seperti MMU dan Selangor State library. Banyak lagi library lain yang sertai seminar ini seperti UNiMAP, OUM, PNM, UPNM, KUIS, UMS, UKM, UPM, Cyber Securities, Cyber Comissioner, KDU College, KDU School dan juga yang datang dari Singapore. 

Seminar ini antara lain bertujuan untuk mengumpulkan kesemua pengguna VTLS untuk memberikan pendapat, build up among relationship (silaturrahim), selain dapat ilmu dan teknik menggunakan sistem VTLS dengan kaedah dan pendekatan yang baik dan disampaikan oleh para technical support VTLS team. dan juga updating any new product and features. 

Sepanjang seminar aku menginap di Grand Continental. Tak banyak aktiviti sendiri, itu pun nasib member aku yang kerja di library UMT datang jenguk and ajak keluar pergi minum..(nak tunjuk kereta mahal tuh ). Dinner pada malam itu di sediakan oleh pihak tuan rumah dengan beberapa acara istimewa seperti tarian dan nyanyian. Walau tak seberapa tapi boleh la ...

Honorable guest for '3rd VTLS User Seminar 2010'  Mr.  John Espley, Vice President, VTLS, Inc. '  dan juga dirasmikan oleh timbalan MB negeri Terengganu.  Ianya telah dihadiri oleh  Pustakawan dan profesional maklumat daripada perpustakaan akademik, perpustakaan awam dan  perpustakaan khusus di seluruh Malaysia dan Singapura yang menggunakan Sistem Perpustakaan  VIRTUA.

Sedikit info tentang Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (host untuk seminar tahun 2010) ;

 Sejarah Penubuhan 
 Image 

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri, ia telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Bil.7 Tahun 1974 dan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 6 Julai 1974.

Mesyuarat pertama penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah diadakan pada 1 Februari 1976 dengan menubuhkan sebuah Jawatankuasa kerja dengan peruntukan awal oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 20,000.00 bagi tujuan penubuhannya. Pada awal 1977 Kerajaan telah membina Bangunan Tun Abd. Razak dengan perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta. 

Pada tanggal 1 Ogos 1977, Enakmen ini telah dikuatkuasakan dan beroperasi di pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di Bangunan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Bukit Che Long, Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu. Pada 29 Jun 1977, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dipindahkan ke Bangunan Wisma Darul Iman (kini Wisma Negeri) dan dengan itu PPAT turut sama berpindah dan ditempatkan di bilik perpustakaan pejabat tersebut di tingkat lima. 


Pada 1 November 1978 beberapa orang kakitangan baru telah mula diambil untuk mengisi kekosongan di dalam pelbagai jawatan terutama di bahagian pentadbiran dan pengurusan perpustakaan. Kerja-kerja pembelian dan pemerosesan buku dilakukan dengan lebih giat. Pada bulan April 1979 pembinaan Bangunan Tun Abdul Razak siap sepenuhnya . Pada 13 April 1979 adalah hari yang bersejarah bagi warga perpustakaan kerana dapat menduduki bangunan sendiri iaitu Bangunan Tun Abdul Razak di Jalan Paya Bunga (kini Jalan Sultan Ismail). Pada 29 Jun 1979, bangunan ini telah dibuka dengan rasminya oleh AlMarhum DYMM Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Zainal Abidin. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu memulakan perkhidmatannya pada 15 September 1979 dan mulai 1 Januari 1980 telah memperluaskan kepada perkhidmatan pinjaman. Semenjak itu , Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu terus berkembang pesat dan mempunyai rangkaian perkhidmatan perpustakaan di daerah Besut, Kemaman, Hulu Terengganu , Dungun , Marang, Setiu dan Pekan Kerteh. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu juga menubuhkan Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Desa di seluruh pelosok negeri bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat.PPAT mempunyai kakitangan seramai 156 orang. Dari jumlah tersebut seramai 7 orang adalah kakitangan profesional.



Image


Namun, hasil dari perkembangan ilmu dan maklumat yang kian pesat, bangunan perpustakaan ini tidak lagi mampu menampung jumlah pengunjung dan menempatkan koleksi bahan yang sedia ada.Jesteru itu wujudlah perancangan untuk menyediakan sebuah perpustakaan baru yang lengkap bagi memenuhi keperluan masyarakat serta menampung dan menyokong kegiatan penyelidikan dan pembacaan.Tapak seluas 5.5 ekar di Padang hiliran telah diperuntukan untuk pembinaan perpustakaan Negeri Terengganu . Bangunan setinggi 5 tingkat ini yang menelan belanja RM33 juta telah siap sepenuhnya pada penghujung Jun 2001 manakala perasmian bangunan telah disempurnakan oleh DYMM Al Sultan Terengganu pada 22 Julai 2001 ( Ahad ), sempena sambutan ulangtahun keputeraan baginda yang ke 39.

Di petik dari laman web Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu



Collaboration of both 

Ucapan pembukaan seminar

Dinner

A token of appreciation

At Taman Tamadun Islam

Mr John and Gina Phan

Apa-apa pun sekalung tahniah kepada Perpustakaan Awam Negeri Terengganu diatas kesudian menjadi host untuk VTLS user seminar pada tahun ini. Diharapkan tahun hadapan ada lagi tempat yang menarik selain di Lembah Klang. Tahniah juga kepada VTLS Sdn Bhd kerana sentiasa memberikan support yang baik kepada pelanggan system they all.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan