Sabtu, November 13, 2010

Azfar yang petah berkata-kata

Sempat juga aku singgah ke Intekma Resort di Shah Alam untuk melihat Azfar yang memasuki pertandingan ala spell it right anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pra sekolah dimana Azfar mewakili Negeri Sembilan bersama 4 rakannya. Pertandingan seumpama ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat anak-anak kecil ini sekaligus memberikan pengalaman dan memberikan ilmu yang terbaik buat mereka. Anak pertama kepada Abg Paiz dan Kak Fiza ini memang amat petah berkata-kata. Dia sentiasa aktif dan kadang-kadang aku sendiri pening nak layan. Seawal umur 5 tahun dia telah dihantar ke  pra sekolah di Seremban 2. Kak Fiza pun pernah cakap yang si Azfar ni guru besar kat sekolah pun dia tak takut. Lagi dia layankan aje dengan selamba. Memang dia agak manja bila dengan Tok Wan dan Tok Ki kerana pernah dijaga semasa kecil lagi.

Dalam pertandingan itu, ada beberapa slot yang perlu mereka lalui seperti menyusun huruf, membina ayat, mengeja, membaca dan menulis dlaam bahasa Malaysia dan English. Azfar berjaya 100% dalam mengeja sebab slot ni secara individu manakala slot yang lain bersama kumpulan. Markah diberikan mengikut jumlah total keseluruhan. Walau Negeri Sembilan kalah tapi bagi pendapat aku mereka telah menimba pengalaman dan banyak ilmu serta didikan yang baik. Syabas !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan