Rabu, November 17, 2010

Aidiladha menjelma...



Maghrib semalam semasa aku bertakbir selepas solat maghrib..menitik air mata aku secara tiba-tiba disebabkan sayu apabila mengenangkan diri dan juga mereka yang tiada. Mungkin hatiku memang lembut atau cepat touching. Kita tak tahu adakah ini Aidildha yang terakhir buat kita. Sentiasa bermohon kesejahteraan kepada Illahi. Bila terlihat isteri, makin berkaca air mata aku. Mungkin dia tak sedar apa yang berlaku. Terlintas kedua ibu bapa ku...adik beradik. 

Selesai takbir aku terus menghulur tangan berdoa. Ya Allah aku mohon pada Mu ....




SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA YANG MELAWAT BLOG DARI MUAR KE CHINCHIN.















Isnin, November 15, 2010

My Sony Alpha 380...shooting...



"Shooting my Sony Alpha 380 need lots of concentration. Although it was very user friendly but i have to study all the shooting techniques."

"Well some of the photo I can share with you."

"These photo taken during raining in Jasin and Shah Alam."

                                                                                        -Akmal-



Traditional
 

Dependable

 
Rest for the long time period





Extremely



         
Staying on you













Stay together






Music all the way





Sabtu, November 13, 2010

PARKING SESAK !! NO MANNERS PUNYA ORANG..!!!!

Sebenarnya masalah yang aku hadapi ini tak lah seteruk mana dengan mereka yang tinggal di rumah pangsapuri di tempat lain. Aku tak nafikan juga tempat aku masih lagi "ok" dari mereka yang tinggal di Flora Damansara ke, Pantai Dalam ke di Cheras atau di sekitar Bukit Jalil. Namun ekspresi hati aku kali ini adalah untuk menyatakan pandangan aku tentang mereka yang tinggal di kawasan Seksyen 7 Shah Alam. Al maklum lah bila dekat dengan UiTM maka banyaklah rumah-rumah sewa. Ramai antara student-student duduk rumah sewa sebab mereka tidak dapat penempatan di kolej-kolej baik lelaki mahu pun perempuan. Buat masa sekarang ni aku mampu untuk duduk di rumah flat tingkat 4 dimana setiap level ada 8 buah rumah. Means that, 8buah  x 5 tingkat ada 40 buah rumah di setiap blok. Kalau dikirakan jumlah parking kereta di setiap blok bagi aku cukup dah. Namun apa yang menjadi keresahan bagi setiap penghuni di situ ialah parking kereta yang tak cukup. Aku tak sentuh hal parking motor sebab terlebih banyak kosong. Mana tidaknya, kebanyakkan student perempuan pi study bawa kereta. Kalau dalam satu rumah ada 8 orang, maka ada 8 biji kereta. Sometime aku tengok kerta student lagi besar lagi dari mereka yang dah family atau yang bekerja. Fuhh hebat student-student sekarang...paling koman pun jenis keluaran Perodua. Siap yang ada bawa NAZARIA..arghhh.. Sudah la gitu, parking plak tak fikir kan orang lain. 


Pernah macam-macam berlaku di kawasan blok rumah aku tuh. Ada sekali tuh.. ada sebuah kereta dah blocked jalan nak keluar. Agaknya dia bajet kereta lain boleh keluar la. Then pagi tuh ramai nak leuar kan kerja nak pi kerja..(student pagi tak bangun lagi).. Apa lagi marah la semua yang nak keluar nih termasuk aku. Langsung tak fikirkan orang lain malah tiada kerjasama pula tuh. Dah hon kuat-kuat pun tak sedar dari tidur atau malu nak turun sebab sure kena sound la kan. Akhir ada satu brader tu dah angin satu badan siap nak pecah kan lagi kereta tu..fuhh nasib tak pecah cermin. Ganas woo brader tuh. Memang seinci pun tak leh lepas. Satu blok haru biru dengan kejadian pagi tuh. Siap ada yang kata.."langgar je bang.." "calarkan saja kereta tuh" mereka menjerit dari atas rumah..ahhaha. Habis tuh macamana nak keluar pi kerja ? Kalau aku pun angin gak...Pernah juga berlaku kereta blok jalan motor untuk ke parking area motor. Apa lagi...sebesar-besar alam la nota tampal kat kereta tuh..hahaha..aku pun tak tau sapa punyer kerja. Tapi yang peliknya kereta-kereta yang buat masalah tu semua langsung tak nampak lagi dah. Padahal sebelum tuh memang selalu aku nampak. Pelik...agaknya malu la tuh. 

Apa-apa pun masalah sebenarnya mereka ni kebanyakkannya student. Jadi mereka tak hiraukan sangat kerjasama dengan penghuni lain. Malah di blok aku tu pun most of them ialah student. Hanya ada 4 famili jek termasuk aku. Student perempuan plak yang paling banyak bawa kereta dari lelaki yang hanya senang bermotor. Student dulu dengan sekarang memang berbeza. Perubahan akan tetap berlaku tetapi kesedaran perlu ada. Semangat kejiranan perlu ada di setiap penghuni rumah. Aduhai ..macam-macam hal..!

Azfar yang petah berkata-kata

Sempat juga aku singgah ke Intekma Resort di Shah Alam untuk melihat Azfar yang memasuki pertandingan ala spell it right anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pra sekolah dimana Azfar mewakili Negeri Sembilan bersama 4 rakannya. Pertandingan seumpama ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat anak-anak kecil ini sekaligus memberikan pengalaman dan memberikan ilmu yang terbaik buat mereka. Anak pertama kepada Abg Paiz dan Kak Fiza ini memang amat petah berkata-kata. Dia sentiasa aktif dan kadang-kadang aku sendiri pening nak layan. Seawal umur 5 tahun dia telah dihantar ke  pra sekolah di Seremban 2. Kak Fiza pun pernah cakap yang si Azfar ni guru besar kat sekolah pun dia tak takut. Lagi dia layankan aje dengan selamba. Memang dia agak manja bila dengan Tok Wan dan Tok Ki kerana pernah dijaga semasa kecil lagi.

Dalam pertandingan itu, ada beberapa slot yang perlu mereka lalui seperti menyusun huruf, membina ayat, mengeja, membaca dan menulis dlaam bahasa Malaysia dan English. Azfar berjaya 100% dalam mengeja sebab slot ni secara individu manakala slot yang lain bersama kumpulan. Markah diberikan mengikut jumlah total keseluruhan. Walau Negeri Sembilan kalah tapi bagi pendapat aku mereka telah menimba pengalaman dan banyak ilmu serta didikan yang baik. Syabas !


Rabu, November 10, 2010

Khamis, November 04, 2010

Ahad, Oktober 31, 2010

LETS RE-CYCLE...GREEN THE EARTH..SAVE YOUR LIFE...


Lets save the earth...I collect and gather some newspaper, plastic bottle, aluminium cans and some others material which can be recycle again. More than 17 kg has been collected and i sent to Recycle Centre in Section 6 Shah Alam. 





We should think and implement this ethics in order to save our planet. Most people or I should say that most of populace produce more than 2 kg rubbish everyday. It will take more acres land to be build up as incinerators and I think it's not easy to find new places for this incinerator. 

So, lets think before waste...your action will save the earth..!

Rabu, Oktober 20, 2010

MAMPUKAH JOHOR FC KE AKHIR PIALA MALAYSIA?

Piala Malaysia: Negeri Sembilan "bina tembok" hadapi Johor FC


SEREMBAN 19 Okt. - Skuad Rusa akan memastikan tidak ada jaringan daripada Johor FC yang lolos dalam gawang Negeri Sembilan pada saingan separuh akhir pertama yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, dekat sini, Rabu ini.
Ketegasan itu dinyatakan ketua pasukan Negeri Sembilan, Rezal Zambry Yahya dalam menyatakan keyakinan terhadap prestasi rakan sepasukan dalam menghadapi Johor FC kelak.
"Kalau diikutkan hati, mahu sahaja kami `empang' gawang itu, supaya tiada sebiji bola pun berjaya disepak masuk ke dalam gawang Negeri Sembilan," katanya. - Utusan

Artikel dipetik dari Utusan Online 20.10.2010

Malam ini match between Johor FC vs Negeri Sembilan. Harap tuah ke Johor FC. Tak dinafikan kelab dari selatan tanahair itu memang sudah biasa di arena Piala Malaysia dan jika kita lihat prestasi kelab ini memang baik dan sentiasa memberikan saingan yang kuat didalam liga Malaysia. Mampukah Johor FC membenam N.S? Sama-sama kita nantikan.

Antara kelucuan & Kebenaran ...


Antara kelucuan & Kebenaran ... 


Lucu ya, 


Wang RM2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 


Lucu ya, 


45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak. 


Lucu ya, 


Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam
berlalu saat menonton filem di panggung wayang. 


Lucu ya, 


Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman. 

Lucu ya, 


Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa
bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya. 


Lucu ya, 


Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja, tapi novel best-seller 100 halaman pun habis dibaca. 


Lucu ya, 


Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila solat supaya dapat keluar cepat. 


Lucu ya, 


Susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip. 


Lucu ya, 


Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran. 


Lucu ya, 


Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara
atau pun melakukan apa-apa. 

Ahad, Oktober 17, 2010

Deco on weekend..do it yourself..

 Semalam sempat singgah ke IKEA pada mulanya untuk cari ilham tetapi apabila mata dah jadi rambang...ermm mula la beli itu ini. Terdetik di hati ini bila melihat banyak barang IKEA yang murah, so I've decided to buy some of it. Sesambil shopping tu sempat juga saya melakar idea di atas kertas mengikut bentuk rupa kediaman sekarang. Ermm.. bestnya kalau ada rumah sendiri. But its ok...it is for beginning for us to start think of new decorations..Shopping di IKEA saja melarat ke pukul 6.30 petang. Letih dan lapar..teringin nak minum yang rasa caffein. Huh.. dalam masa 2 hari dah banyak spent ler. Tak sabar nak deko tapi kena cari driller. Call sana sini akhirnya I've been decided to buy new driller from hardware shop. Susah juga kalu pinjam..mana tahu rosak ke atau apa-apa terjadi dah nak kena ganti pulak kan. Nak kata saya pandai nak guna driller ermm...ah who cares? Mesti jiran sebelah rumah saya tu tak senang dengan bunyi drill dari orang yang amatur seperti saya yang menggunakan drill berjenama SPARKE...(jenama original ke?) Apa pun dalam pukul 5 petang tadi settle semua siap pasang. Penat memang la tapi bila tengok balik hasilnya..penat itu hilang.

Do it yourself..!

Jumaat, Oktober 08, 2010

3rd VTLS USER SEMINAR @ TERENGGANU STATE LIBRARY 2010



Sepanjang 4 hingga 7 Oktober aku seolah-olah bercuti makan angin di Terengganu kerana menghadiri seminar dianjurkn oleh VTLS Sdn Bhd. Tahun ini aku bertuah sebab aku mewakili library PINTAR ke sana manakala kampus RAZAK diwakili Kak Ana. Seminar 2 hari itu juga diselitkan dengan pelbagai aktiviti selain Learner Track, Customer Show and Tell, Vendor Show Product manakala aktiviti lain seperti dinner dan juga "networking activity" dimana aku memilih untuk melawat ke Taman Tamadun Islam. 

Tahun ini menampilkan beberapa organisasi yang baru menyertai VTLS dan seminar ini seperti MMU dan Selangor State library. Banyak lagi library lain yang sertai seminar ini seperti UNiMAP, OUM, PNM, UPNM, KUIS, UMS, UKM, UPM, Cyber Securities, Cyber Comissioner, KDU College, KDU School dan juga yang datang dari Singapore. 

Seminar ini antara lain bertujuan untuk mengumpulkan kesemua pengguna VTLS untuk memberikan pendapat, build up among relationship (silaturrahim), selain dapat ilmu dan teknik menggunakan sistem VTLS dengan kaedah dan pendekatan yang baik dan disampaikan oleh para technical support VTLS team. dan juga updating any new product and features. 

Sepanjang seminar aku menginap di Grand Continental. Tak banyak aktiviti sendiri, itu pun nasib member aku yang kerja di library UMT datang jenguk and ajak keluar pergi minum..(nak tunjuk kereta mahal tuh ). Dinner pada malam itu di sediakan oleh pihak tuan rumah dengan beberapa acara istimewa seperti tarian dan nyanyian. Walau tak seberapa tapi boleh la ...

Honorable guest for '3rd VTLS User Seminar 2010'  Mr.  John Espley, Vice President, VTLS, Inc. '  dan juga dirasmikan oleh timbalan MB negeri Terengganu.  Ianya telah dihadiri oleh  Pustakawan dan profesional maklumat daripada perpustakaan akademik, perpustakaan awam dan  perpustakaan khusus di seluruh Malaysia dan Singapura yang menggunakan Sistem Perpustakaan  VIRTUA.

Sedikit info tentang Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (host untuk seminar tahun 2010) ;

 Sejarah Penubuhan 
 Image 

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri, ia telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Bil.7 Tahun 1974 dan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 6 Julai 1974.

Mesyuarat pertama penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah diadakan pada 1 Februari 1976 dengan menubuhkan sebuah Jawatankuasa kerja dengan peruntukan awal oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 20,000.00 bagi tujuan penubuhannya. Pada awal 1977 Kerajaan telah membina Bangunan Tun Abd. Razak dengan perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta. 

Pada tanggal 1 Ogos 1977, Enakmen ini telah dikuatkuasakan dan beroperasi di pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di Bangunan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Bukit Che Long, Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu. Pada 29 Jun 1977, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dipindahkan ke Bangunan Wisma Darul Iman (kini Wisma Negeri) dan dengan itu PPAT turut sama berpindah dan ditempatkan di bilik perpustakaan pejabat tersebut di tingkat lima. 


Pada 1 November 1978 beberapa orang kakitangan baru telah mula diambil untuk mengisi kekosongan di dalam pelbagai jawatan terutama di bahagian pentadbiran dan pengurusan perpustakaan. Kerja-kerja pembelian dan pemerosesan buku dilakukan dengan lebih giat. Pada bulan April 1979 pembinaan Bangunan Tun Abdul Razak siap sepenuhnya . Pada 13 April 1979 adalah hari yang bersejarah bagi warga perpustakaan kerana dapat menduduki bangunan sendiri iaitu Bangunan Tun Abdul Razak di Jalan Paya Bunga (kini Jalan Sultan Ismail). Pada 29 Jun 1979, bangunan ini telah dibuka dengan rasminya oleh AlMarhum DYMM Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Zainal Abidin. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu memulakan perkhidmatannya pada 15 September 1979 dan mulai 1 Januari 1980 telah memperluaskan kepada perkhidmatan pinjaman. Semenjak itu , Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu terus berkembang pesat dan mempunyai rangkaian perkhidmatan perpustakaan di daerah Besut, Kemaman, Hulu Terengganu , Dungun , Marang, Setiu dan Pekan Kerteh. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu juga menubuhkan Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Desa di seluruh pelosok negeri bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat.PPAT mempunyai kakitangan seramai 156 orang. Dari jumlah tersebut seramai 7 orang adalah kakitangan profesional.



Image


Namun, hasil dari perkembangan ilmu dan maklumat yang kian pesat, bangunan perpustakaan ini tidak lagi mampu menampung jumlah pengunjung dan menempatkan koleksi bahan yang sedia ada.Jesteru itu wujudlah perancangan untuk menyediakan sebuah perpustakaan baru yang lengkap bagi memenuhi keperluan masyarakat serta menampung dan menyokong kegiatan penyelidikan dan pembacaan.Tapak seluas 5.5 ekar di Padang hiliran telah diperuntukan untuk pembinaan perpustakaan Negeri Terengganu . Bangunan setinggi 5 tingkat ini yang menelan belanja RM33 juta telah siap sepenuhnya pada penghujung Jun 2001 manakala perasmian bangunan telah disempurnakan oleh DYMM Al Sultan Terengganu pada 22 Julai 2001 ( Ahad ), sempena sambutan ulangtahun keputeraan baginda yang ke 39.

Di petik dari laman web Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu



Collaboration of both 

Ucapan pembukaan seminar

Dinner

A token of appreciation

At Taman Tamadun Islam

Mr John and Gina Phan

Apa-apa pun sekalung tahniah kepada Perpustakaan Awam Negeri Terengganu diatas kesudian menjadi host untuk VTLS user seminar pada tahun ini. Diharapkan tahun hadapan ada lagi tempat yang menarik selain di Lembah Klang. Tahniah juga kepada VTLS Sdn Bhd kerana sentiasa memberikan support yang baik kepada pelanggan system they all.