Mungkin kerana terlalu excited dan juga berhati-hati isteri saya ada beberapa kali false alarm iaitu dia rasa sakit tetapi belum masa nak bersalin. Ketika itu isteri 2 kali rasa nak bersalin tapi belum menunjukan lagi tanda-tanda serius kecuali tumpah darah. Kalau nak diikutkan memang sakit apabila doktor check keadaan perut dan laluan bersalin di bahagian bawah. Isteri saya telah beberapa kali dimasukkan alat untuk mengukur iaitu ketika false alarm di PPUM dan yang terakhir di hospital Melaka. Ketika di hospital Melaka ini kebetulan kami dah ambil cuti panjang sebab ditakuti dalam waktu ini isteria akan bersalin. Namun, kuasa Allah masih belum lagi ada tanda-tanda serius selain dari sakit-sakit yang kerap. Kedudukan perut memang orang tua kata dah ke bawah. Manakala si isteri mengalami masalah sakit pinggang yang amat. Disitulah kesabaran suami akan diuji dimana isteri akan bersikap kasar dan juga tidak mesra kerana keadaannya yang lemah, sakit-sakit dan penat.
Sehinggalah pada minggu yang ke 40 isteri mula menunjukkan tanda-tanda awal iaitu sakit pinggang dan rasa seperti ingin bersalin yang sekejap-sekejap. Mengikut tarikh kiraan, isteri sepatutnya bersalin pada 26 November. Namun hanya pada tarikh 28 November aku teragak untuk bawa isteri pergi cek di klinik desa di Kg Chinchin yang hanya beberapa meter dari rumah mertua aku. Sampaikan nurse kat situ dah kenal kami.
Ketika mereka cek isteri , nurse tu terus nasihatkan kami untuk merujuk ke hospital besar Melaka yang sebelum itu kami sudah pergi ketika false alarm buat kali ke 2 pada 19 November lepas. Ketika itu isteri aku macam malas-malas jer nak pergi sebab takut di seluk di bahagian bawah. Namun atas nasihat aku dan mak mertua aku, dia gagahkan juga pergi dan seperti biasa jangan lupakan guarantee letter (GL) yang menunjukkan anda kakitangan kerajaan sebab nanti tidak dikenakan charge. setibanya di hospital kami dah tau kat mana nak tuju dan terus ke kaunter wad bersalin di aras 2 hospital Melaka. Orang memang ramai tetapi bahagian wad bersalin tu tidak la sesak sangat. setelah proses pendaftaran isteri masuk ke dalam wad untuk menunggu giliran di check oleh doktor. aku berpesan.."anything call abg yer.." dan akhirnya satu mesej diterima dari isteri yang mengatakan bahawa dah buka 4 cm dan doktor suruh masuk ke bilik bersalin namun ketika itu belum ada yang kosong. Lebih kurang pukul 4 lebih isteri dapat masuk bilik khas untuk bersalin dan ketika itu aku masih menunggu diluar sahaja. Ke hulu ke hilir dan kadang-kadang duduk di kerusi besi. Ibu mertuaku setia menunggu di tempat khas menunggu pesakit. Hanya duduk disitu sejak dari kami membuat pendaftaran dan hanya sempat makan kuih karipap yang kami beli ketika waktu sampai.
Sekitar jam 6 petang aku nekad untuk masuk ke dalam bilik bersalin untuk menyambut kelahiran anak. Namun perlu ikut beberapa prosedur di mana aku perlu mengisi borang khas dan perjanjian kerana tidak semua suami yang mengikut kursus menyambut kelahiran anak dan kursus bersama isteri. Aku terus sahaja isi borang dan perlu patuh peraturan hospital. setelah diberikan pakaian khas aku terus menuju ke bilik isteri dan keadaan didalam wad bersalin sememangnya penuh dengan tangisan baby yang baru lahir malah aku tidak dibenarkan keluar dari bilik itu. Ketika saat doktor cek bukaan di laluan bawah aku dapat rasakan kesakitan yang dialami oleh isteriku. Sekitar jam 8 malam masih bukaan dalam lingkungan 5 cm dan sekitar pukul 10 malam ianya sudah mencapai 6 cm. Ketika itu doktor menasihatkan kepada isteri untuk dipecahkan air ketuban dan ketika itulah azab kesakitan ke atas isteriku. Sedih melihatnya aku ajarkan bacaan untuk menghindarkan rasa sakit dan semakin lama isteri semakin lemah dan kekadang aku melihat air matanya keluar menahan kesakitan. Dalam masa itu, denyutan jantung baby telah berkurangan dan untuk itu doktor panggil aku untuk membuat kebenaran bagi memasukkan wayar khas terus ke kepala baby. Aku bertanya " Apa efek baby nanti?" doktor itu membalas..."Maybe ada sedikit luka di kepala anak encik.." Ketika itu aku rasa seperti nak pengsan dan juga sedih sebab terpaksa untuk membenarkan juga demi keselamatan anak.
Ketika itu hanya bacaan ayat suci dan kalimah Allah yang sempat aku ajarkan kepada isteri kerana melihatkannya sudah tidak bermaya. Sekitar pukul 12 lebih datang seorang nurse..maybe sister yang agak garang cek kedudukan bukaan. Ternyata beliau memang seorang yang sangat berpengalaman kerana dia mengesahkan bukaan cm bukannya 6 cm tetapi sudah 8 cm dan boleh bersiap sedia untuk bersalin. Seraya nurse tu panggil nurse yang lain dan doktor pelatih. Then mereka bawalah masuk alat-alat untuk proses delivering baby. Dalam masa tu, wife aku dalam cubaan meneran agar baby boleh keluar secara normal. Kat sini lah peranan si suami itu membantu memberi semangat kepada isteri. Suami perlu pegang tangan isteri, usap rambut dia atau lapkan peluh isteri sambil bantu suruh push kan baby. Masa ni aku lihat sangat perit jerih wife dalam pertarungan antara hidup dan mati untuk melahirkan anak.
Hampir 30 minit hanya nampak kepala baby sahaja. Lantas seorang doktor yang agak muda buat keputusan bersalin secara vacum. Masa ni aku dah rasa macam nak pitam pun ada sebab terbayang kata-kata member aku bila isteri dia bersalin secara normal dimana kepala baby akan jadi lonjong..!! Apa pun itu lah keputusan muktamad diantara kumpulan doktor yang ada dalam bilik tu. Keadaan semakin genting apabila wife aku mula nampak seperti tak berapa sedar dan aku plak diminta untuk keluar dari bilik itu. Aku dalam terpaksa tinggalkan isteri sambil menitis air mata sebab tak dapat bersama melihat kepayahan isteri ketika itu. Sudah pastinya isteriku sebenarnya memerlukan aku...namun aku redha dengan semua itu. Semasa di luar bilik bersalin aku jadi tak senang duduk. Mundar-mandir dan mata tertumpu ke arah pintu bilik bersalin yang berkedudukan lebih 30 meter dari tempat aku diarahkan berada. Dari jauh aku nampak nurse keluar masuk dan ada juga membawa alat yang aku tak pasti apa jenis dan tujuannya. Semasa aku termenung memandang pintu bilik tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan dari seorang nurse sambil ditangannya memegang troli baby.....aku diminta untuk melihat troli tersebut.
"Maaf encik..boleh tengok anak encik.." kata nurse tu dengan sopan
Aku dengan tergamam melihat seorang bayi yang masih kecut dalam selimut berwarna hijau. Ketika aku buka selimut itu bayi itu menangis dan lantas aku letakkan tangan ku di atas peha kakinya lantas dia berhenti menangis. Di saat itu lah aku sedar bahawasanya itu lah anakku yang telah selamat dilahirkan. Kepalanya agak lonjong sedikit kesan vacum.
.....2.23 pagi 29 November 2012....baby boy ...syukur pada Mu Ya Allah
"Isteri saya ok ke?" aku tanya
Nurse jawab " Dia ok..lemah sikit..tapi ok selamat"
Lantas nurse itu menolak troli ke tempat baby unutk dimandikan dan dibersihkan.
Menitis air mata aku membasahi pipi ....syukur alhamdulillah...
Aku tak dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin namun aku terus sahaja keluar untuk berjumpa dengan ibu bapa mertua aku yang setia menanti di tempat duduk yang sama sejak pagi. Aku terus bersalam dan memeluk mereka tanda kesyukuran.
Barulah aku rasa lega, penat dan mengantuk....
Aku cari port nak baring sebab ngantuk tahap gaban...dan aku terlena di sebuah kerusi panjang bersama pengunjung hospital yang lain. Waktu ketika itu lebih kurang 3 pagi..
Sambung di next post...