Sabtu, November 13, 2010

PARKING SESAK !! NO MANNERS PUNYA ORANG..!!!!

Sebenarnya masalah yang aku hadapi ini tak lah seteruk mana dengan mereka yang tinggal di rumah pangsapuri di tempat lain. Aku tak nafikan juga tempat aku masih lagi "ok" dari mereka yang tinggal di Flora Damansara ke, Pantai Dalam ke di Cheras atau di sekitar Bukit Jalil. Namun ekspresi hati aku kali ini adalah untuk menyatakan pandangan aku tentang mereka yang tinggal di kawasan Seksyen 7 Shah Alam. Al maklum lah bila dekat dengan UiTM maka banyaklah rumah-rumah sewa. Ramai antara student-student duduk rumah sewa sebab mereka tidak dapat penempatan di kolej-kolej baik lelaki mahu pun perempuan. Buat masa sekarang ni aku mampu untuk duduk di rumah flat tingkat 4 dimana setiap level ada 8 buah rumah. Means that, 8buah  x 5 tingkat ada 40 buah rumah di setiap blok. Kalau dikirakan jumlah parking kereta di setiap blok bagi aku cukup dah. Namun apa yang menjadi keresahan bagi setiap penghuni di situ ialah parking kereta yang tak cukup. Aku tak sentuh hal parking motor sebab terlebih banyak kosong. Mana tidaknya, kebanyakkan student perempuan pi study bawa kereta. Kalau dalam satu rumah ada 8 orang, maka ada 8 biji kereta. Sometime aku tengok kerta student lagi besar lagi dari mereka yang dah family atau yang bekerja. Fuhh hebat student-student sekarang...paling koman pun jenis keluaran Perodua. Siap yang ada bawa NAZARIA..arghhh.. Sudah la gitu, parking plak tak fikir kan orang lain. 


Pernah macam-macam berlaku di kawasan blok rumah aku tuh. Ada sekali tuh.. ada sebuah kereta dah blocked jalan nak keluar. Agaknya dia bajet kereta lain boleh keluar la. Then pagi tuh ramai nak leuar kan kerja nak pi kerja..(student pagi tak bangun lagi).. Apa lagi marah la semua yang nak keluar nih termasuk aku. Langsung tak fikirkan orang lain malah tiada kerjasama pula tuh. Dah hon kuat-kuat pun tak sedar dari tidur atau malu nak turun sebab sure kena sound la kan. Akhir ada satu brader tu dah angin satu badan siap nak pecah kan lagi kereta tu..fuhh nasib tak pecah cermin. Ganas woo brader tuh. Memang seinci pun tak leh lepas. Satu blok haru biru dengan kejadian pagi tuh. Siap ada yang kata.."langgar je bang.." "calarkan saja kereta tuh" mereka menjerit dari atas rumah..ahhaha. Habis tuh macamana nak keluar pi kerja ? Kalau aku pun angin gak...Pernah juga berlaku kereta blok jalan motor untuk ke parking area motor. Apa lagi...sebesar-besar alam la nota tampal kat kereta tuh..hahaha..aku pun tak tau sapa punyer kerja. Tapi yang peliknya kereta-kereta yang buat masalah tu semua langsung tak nampak lagi dah. Padahal sebelum tuh memang selalu aku nampak. Pelik...agaknya malu la tuh. 

Apa-apa pun masalah sebenarnya mereka ni kebanyakkannya student. Jadi mereka tak hiraukan sangat kerjasama dengan penghuni lain. Malah di blok aku tu pun most of them ialah student. Hanya ada 4 famili jek termasuk aku. Student perempuan plak yang paling banyak bawa kereta dari lelaki yang hanya senang bermotor. Student dulu dengan sekarang memang berbeza. Perubahan akan tetap berlaku tetapi kesedaran perlu ada. Semangat kejiranan perlu ada di setiap penghuni rumah. Aduhai ..macam-macam hal..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan