Rabu, Oktober 20, 2010

MAMPUKAH JOHOR FC KE AKHIR PIALA MALAYSIA?

Piala Malaysia: Negeri Sembilan "bina tembok" hadapi Johor FC


SEREMBAN 19 Okt. - Skuad Rusa akan memastikan tidak ada jaringan daripada Johor FC yang lolos dalam gawang Negeri Sembilan pada saingan separuh akhir pertama yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, dekat sini, Rabu ini.
Ketegasan itu dinyatakan ketua pasukan Negeri Sembilan, Rezal Zambry Yahya dalam menyatakan keyakinan terhadap prestasi rakan sepasukan dalam menghadapi Johor FC kelak.
"Kalau diikutkan hati, mahu sahaja kami `empang' gawang itu, supaya tiada sebiji bola pun berjaya disepak masuk ke dalam gawang Negeri Sembilan," katanya. - Utusan

Artikel dipetik dari Utusan Online 20.10.2010

Malam ini match between Johor FC vs Negeri Sembilan. Harap tuah ke Johor FC. Tak dinafikan kelab dari selatan tanahair itu memang sudah biasa di arena Piala Malaysia dan jika kita lihat prestasi kelab ini memang baik dan sentiasa memberikan saingan yang kuat didalam liga Malaysia. Mampukah Johor FC membenam N.S? Sama-sama kita nantikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan