Isnin, Disember 20, 2010

JANDA BAIK...memang terbaik.....BUKIT TINGGI memang indah

Saya masih tak dapat pastikan kenapa satu kawasan di sempadan Selangor dan Pahang ini di namakan Janda Baik. Mungkin dongeng kisah dulu-dulu di situ ada seorang janda yang amat baik tingkah laku serta keperibadiannya. Macam-macam versi la. Apa pun Sabtu yang lepas family sebelah wife telah sepakat untuk mengadakan aktiviti keluarga sekali lagi pada tahun 2010 ini. Lokasi yang di rancang adalah sekitar Janda Baik dan juga Bukit Tinggi.

Perjalanan bermula dari Taman Sri Rampai ke Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan kelajuan maksimum 130kmph dan berkonvoi sebanyak 5 buah kereta. Kemudiannya kami singgah sebentar untuk makan tengahari di Kg Sum Sum Hilir. Singgah solat qasar dan jamak di situ juga. Kemudiannya kami bergerak menuju ke dalam kampung sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Semasa dalam perjalanan kami dapati jalannya semakin lama semakin kecil dan mencabar. Sehingga di satu kawasan kami turun untuk mencicah air di gigi air di jeram atau sungai yang cetek. Sedang leka meninjau kawasan untuk berkelah kami di sapa oleh seorang penduduk disitu untuk membawa kami ke tempat yang lebih selamat dan cantik untuk berkelah serta menyewakan kami gazebo berharga RM15. Aboy ingat harga chalet RM15 begitu murah. Rupanya hanyalah gazebo atau pondok untuk berteduh sahaja. Tetapi kawasan berkelah cantik dan bersih. Nak tak nak kami teruskan juga untuk berkelah dan mandi manda disitu berikutan kesungguhan pakcik itu. Tanah seluas lebih 2 ekar termasuk sungai jeram itu bernilai lebih RM200k ! Memang berbaloi sebab boleh dikomersilkan.
Setelah penat kami bersiap menuju ke tempat penginapan dan sememangnya ad-hoc. Harapan kami termakbul apabila Abg Iwan solve the problem. Kami berjaya mendapatkan penginapan chalet atau resort yang sesuai untuk buat aktiviti lasak yang bernama Teratak Malaya. Tapi....mula-mula kami dah suspen dengan Abg Iwan bawa kami melalui tepi kubur kemudian bukit yang curam dan mencabar serta lecak dan jambatan. Tak disangka di situ ada tempat yang menarik. Mula-mula aku cuak juga dengan tempat itu. kawasan yang agak terpencil dari orang. Kami menyewa dorm yang boleh memuatkan lebih 30 orang. Risau dengan keadaan itu sempat jugalah saya membaca ayat suci dan doa agar tiada apa yang berlaku. Memang seronok dengan anak-anak buah berlari ke sana sini. Saya ambil peluang mengambil gambar banyak-banyak serta yang lain merehatkan badan yang telah penat. 

Bila malam menjelma cuaca semakin sejuk dan saya jangkakan lebih kurang bawah 24 darjah celcius agak la kot. Aktiviti malam kami cuma menyaksikan perlawanan bola sepakk antara Malaysia dan Vietnam. Malam itu hanya kami dan kakitangan resort itu sahaja dan keadaan memang di hiasi dengan bunyi cengkerik dan katak. Memang kami bersatu dengan alam semulajadi. Malam yang aman sejuk dan nyaman. Kalau nyamuk usah cakapla memang la banyak maklumla dalam hutan. Kami memang "menguasai" resort tersebut. Dewan makan dan surau yang dibina dengan hasil hutan seperti kayu balak dan buluh disediakan juga air panas dan pinggan serta cawan malah ada Astro Beyond lagi. Pak Cik dan Abg Iwan sibuk menyediakan minuman panas dan memang sedap dan sekitar pukul 11 malam kami tidur dengan lena dan bangun seawal 6 pagi serta berjemaah Subuh. Alhamdulillah...

Kami mula bersiap untuk ke Bukit Tinggi Colmar Tropical Village yang hanya lebih kurang 30km dari situ. Sebenarnya itulah kali pertama saya dan wife ke Bukit Tinggi yang sememangya dari dulu kami rancang. Untuk ke situ kami terpaksa melalui jalan yang berliku dan untuk masuk perlu membayar tiket. 

Setelah satu jam, kami turun dan pulang ke KL untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Memang kami having fun and excitement during this sudden trip. I hope there will be another trip and Insyallah the others will join too.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat.




2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam
  2. Jika anda ingin tahu asal-usul Kampung Janda Baik... layari kamaruzamanmoidunny.blogspot.com

    Sekian.

    BalasPadam